Persatuan Kejiranan Peak 208
Taman Kajang Utama

Laman Web Rasmi PKP208

Aktiviti Sosial

Aktiviti gotong royong untuk membersihkan belukar di belakang  kawasan Peak 208 telah diadakan pada 7 Feb 2009. Aktiviti ini yang disertai bersama oleh MPKj dan Majlis Perwakilan Penduduk TKU telah mendapat sambutan yang baik daripada komuniti Peak 208.  Aktiviti tersebut bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada 2 petang.

 

 Aktiviti  bagi memperbaiki gazebo, memasang pagar penghadang gelanggang dan membersihkan padang permainan Peak 208 juga akan diadakan dalam masa terdekat. Adalah diharap semua ahli dapat menyertai jua gotong royong tersebut.   

 

Aktiviti Sukan

Sambutan tahun baru 2009 telah dimulakan dengan Pertandingan Boling Tertutup dikalangan ahli PKP 208 di Ampang Superbowl, Metropoint Kajang. Sebanyak 34 ahli telah mengambil bahagian dalam pertandingan ulung tersebut. Kategori yang dipertandingkan adalah kategori lelaki dan wanita (senior) serta kategori lelaki dan wanita (terbuka).

 

 

Welcome

Newest Members

Mohamad NohNorimahShamsul KamalSahaimi   

Recent Photos

   

Links

            

 

 


  


Upcoming Events

No upcoming events