Persatuan Kejiranan Peak 208 Taman Kajang Utama

Laman Web Rasmi PKP208

Topic: Lalang Sama TInggi Dengan Rumah

Post-reply-btn
Forum Home > General Discussion > Lalang Sama TInggi Dengan Rumah
Omar Abdullah
Omar Abdullah
Member
Posts: 20

Terdapat beberapa rumah tidak berpenghuni di Peak 208 telah menjadi hutan belantara sehingga kelihatan bumbung sahaja tanpa penjagaan rapi dari empunya rumah/MRCB Utama. Hutan ini telah menular ke kawasan pencawang TNB dan mungkin jika TNB juga tidak ambil berat mengenai perkara ini sudah tentu pencawang tersebut juga akan hilang dari pandangan orang ramai. Yang lebih membahayakan kawasan terbiar ini telah menjadi sarang reptilia berbisa seperti ular tedung yang boleh mengancam nyawa warga Peak 208. Tindakan secara sukarela telah dilaksanakan oleh jiran sebelah untuk membendung penularan hutan ini seperi meracun, menebas dan menebang lalang dan tumbuhan liar namun tanpa kawalan jangka panjang perkara ini tidak dapat dibendung secara efisien. Apakan kita  memerlukan khidmat gotong royong sekali lagi dikalangan kita atau melaporkan terus kepada MRCB Utama dan MPKj untuk mengambil tindakan berkesan? Jika khidmat gotong royong perlu dilaksanakan sudah tentulah bantuan warga Peak 208 amat diperlukan bagi mengatasi masalah tersebut.. Saya percaya khidmat ini boleh diadakan secara bersama sekali lagi dengan pihak MRCB Utama dan MPKj.  Ayuh kita laksanakan selepas raya nanti..

--


09:11 PM on 09/06/2009 Flag Quote & Reply
Nazarman
Nazarman
Member
Posts: 13

Salam ..Saya sokong dgn seranan En. Omar..Dah memang kena buat sesuatu pada rumah kosong. Oleh kerana terlalu banyak duit, beli rumah tapi tak mahu duduk, jenguk pun tak pernah kot since beli..Saya rasa eloklah kita racun kan saja lalang2 tu agar tak tumbuh semula dan kalau boleh rumah itu di tutup agar kanak2 tidak main di dalam rumah tersebut. Bukan saja lalang2 di rumah kosong yg dah semak..tapi sama juga di belakang rumah saya. Last gotong royong dah buat..tapi sekarang lalang2 dah naik tinggi semula. Dan lagi satu...ada lagi..he.he..ini lak pasal beruk ..dulu main kat belakang je..sekarang ni dah pandai lepas pagar..memang tak takut dgn kita...kita sergah..di mula tunjuk taring dia yang panjang tu..eee...seriau nengoknye...risau pada anak2 dirumah ketika kita bekerja..harap persatuan dapat buat sesuatu untuk menangani masalah ini. Jangan tunggu nasi dah menjadi bubur..ada lagi...apa kata gotong akan dtg ni kita buat pembersihan dan mencantikkan kawasan Peak 208 ini seperti ..mengecat batu tepi jalan..yg hitam putih tu..menaman pokok2 bunga si tepi2 jalan..atau lain..ok itu saja utk kali ni...dah lama tak masuk banyk lak nak cita ye...OK...wasalam..

10:30 PM on 11/12/2009 Flag Quote & Reply

You must login to post.

Welcome

Newest Members

NorimahAbu Hassan Zainudinazman shafiirosli   

Recent Photos

   

Links

            

 

 


  


Upcoming Events

Friday, Jan 1 at 3:00 pm