Persatuan Kejiranan Peak 208
Taman Kajang Utama

Laman Web Rasmi PKP208

Topic: Profil Ahli

Post-reply-btn
Forum Home > LAMAN WEB PKP208 > Profil Ahli
Mohd Anuar bin Mohd Daud
Mohd Anuar bin Mohd Daud
Member
Posts: 9

Adalah dicadangkan agar satu template yang standard disediakan untuk ahli mengisi butir-butir profil diri yang sesuai.  Buat masa ini ahli adalah bebas memasukkan apa saja butir-butir diri tanpa ada panduan untuk diikuti.  Mungkin butir-butir berikut adalah sesuai untuk dimasukkan: Nama ahli & isteri, bilangan ahli keluarga, alamat rumah, tempat asal, samada penduduk tetap atau penyewa, ahli PKP208 atau tidak, dan beberapa lagi yang difikirkan sesuai, yang tidak mendedahkan maklumat terlalu peribadi.  Buat masa ini dilihat ada ahli yang tidak memasukkan apa-apa butiran pun..Diharapkan En Omar boleh uruskan hal ini memandangkan anda adalah pengasas laman ini.  Terima kasih.

 

01:45 AM on 01/17/2009 Flag Quote & Reply
Omar Abdullah
Omar Abdullah
Member
Posts: 26

Saya tertarik dengan cadangan yang diutarakan dan insyaAllah akan diusahakan ke arah tersebut. Ini adalah bagi menyeragamkan maklumat semua profil ahli. Di samping itu adalah disyorkan jua supaya setiap ahli mengemukakan gambar individu atau keluarga dalam ruangan profil tersebut agar lebih mudah dikenali.

03:26 AM on 01/17/2009 Flag Quote & Reply
Omar Abdullah
Omar Abdullah
Member
Posts: 26

Saya telah menyemak dengan pihak yang menyediakan Laman Web kita dan memaklumkan bahawa template bagi kegunaan kemasukan biodata ahli/keluarga tidak dapat disediakan. Tetapi PKP 208 boleh menyeragamkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan ini. Saya rasa maklumat nama ahli/keluarga, tempat bekerja, status penduduk (pemilik/penyewa) dan alamat emel adalah sesuai untuk dimasukkan..

12:12 AM on 01/20/2009 Flag Quote & Reply
Nazarman
Nazarman
Member
Posts: 16

mungkin free website ni ada limitation. Mungkin kalau ada feedback yang baik dari semua ahli, saya cadangkan kita daftar persatuan kita ni menggunakan laman web sendiri dengan nama web sendiri seperti www.pkp208.com.my atau lain2. Tapi kena bayar la sikit. Itu cadangan sahaja.

04:48 AM on 01/20/2009 Flag Quote & Reply
pkp208
pkp208
Site Owner
Posts: 9

Sekiranya PKP 208 bersungguh-sungguh dan mempunyai keupayaan untuk mempunyai laman web sendiri, saya kira itu adalah langkah yang terbaik kerana sememangnya penggunaan laman web sedia ada ini ada batasan nya.

04:48 AM on 02/05/2009 Flag Quote & Reply
pkp208
pkp208
Site Owner
Posts: 9

Sehingga kini Laman PKP 208 telah disertai oleh 41 warga Peak 208. Kita masih jauh dari mencapai hasrat penyertaan semua warga di Peak 208 namun ini adalah permulaan yang baik dan sebagai Pentadbir Laman Weblog PKP 208, kami mengalu-alukan penyertaan anda semua. Kiranya dapat kami menyediakan cenderahati bagi menggalakkan penyertaan anda semua, kami akan sediakan namun sebagai sebuah Persatuan yang baru membangun, kami harapkan penyertaan anda semua tanpa mengharapkan apa-apa jua. Walau bagaimanapun pihak pentadbir laman weblog PKP 208 mungkin dapat memberi cenderahati misteri untuk penyertaan yang bertuah berdasarkan nombor tertentu,,insyaAllah.

01:52 PM on 03/16/2009 Flag Quote & Reply
Omar Abdullah
Omar Abdullah
Member
Posts: 26

Syukur Alhamdulillah laman web PKP 208 telah mendapat penyertaan daripada 50 warga Peak 208. Sungguhpun ia mengambil masa hampir 8 bulan untuk mencapai angka 50, tetapi ia cukup memberi erti kepada penyedia laman web ini. Harapan saya adalah agar warga Peak 208 yang lain akan turut menyertainya kerana ia tidak melibatkan sebarang kos untuk anda semua menyertainya. Dan harapan saya jua agar tuan/puan yang telah menyertai laman ini tidak keberatan untuk sertakan gambar tuan/puan sekali bagi tujuan pengenalan jua. Sekian, terima kasih.

--


01:10 AM on 09/07/2009 Flag Quote & Reply
Omar Abdullah
Omar Abdullah
Member
Posts: 26
Sehingga hari ini, bilangan yang telah menyertai laman web kita masih lagi kecil berbanding dengan bilangan penduduk yang menetap di Peak 208. Setelah hampir 1 tahun bilangan yang menyertai laman web PKP 208 telah meningkat daripada 50 pada bulan Julai 2009 kepada 55 orang.Sungguhpun masih kecil ia bermakna kepada PKP 208 dan mudah-mudahan ia akan terus bertambah di masa hadapan. Adalah diharap jua lebih ramai dikalangan kita yang telah berdaftar di laman web PKP 208 dapat turut memuat turun gambar masing-masing untuk tujuan pengenalan semata-mata.
--


11:43 AM on 12/29/2009 Flag Quote & Reply

You must login to post.

Welcome

Newest Members

Abu Hassan ZainudinrosliMohamad NohIDD_QDD   

Recent Photos

   

Links

            

 

 


  


Upcoming Events

No upcoming events