Bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di Peak 208, PKP 208 sedang membina pondok keselamatan tambahan di pintu masuk Peak 208 dan di lereng bukit Peak 208 berhampiran dengan pencawang TNB. 
Memandangkan laman weblog PKP 208 masih kurang sambutan, buletin bertarikh 30 Januari 2009 telah dikeluarkan bagi memohon ahli PKP /Warga Peak 208 untuk menyertai laman weblog tersebut. Berikutan dari buletin tersebut terdapat sedikit tambahan ahli yang telah menyertai namun sebahagian besar masih belum berbuat demikian. PKP 208 tidak dapat memastikan apakah punca masalahnya menyebabkan sebahagian besar ahli/warga Peak 208 belum menyertai lagi laman tersebut. Apakah masalah ketiadaan saluran internet yang menjadi masalah kepada penyertaan tersebut. Sekiranya ini penyebab utamanya, PKP 208 berasa perkara tersebut boleh diatasi dengan melaksanakannya di pejabat atau di cybercafe. Dan sekiranya menghadapi masalah teknikal, PKP 208 boleh membantu menyelesaikannya. 
Setiausaha PKP 208 telah mengeluarkan laporan kegiatan yang telah dilaksanakan oleh PKP 208 sepanjang tahun 2008 dan awal tahun 2009. Beliau juga menyeru agar semua ahli PKP 208 dapat melunaskan bayaran yuran tahunan bagi tahun 2008 dan 2009 sebanyak RM20 serta mengemukakan sumbangan sebanyak RM50 bagi melaksanakan beberapa aktiviti termasuk pembinaan pondok sekuriti tambahan di laluan masuk dan di kawasan belakang Peak 208. Di samping itu PKP 208 juga bercadang untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan pada bulan Jun 2009. 