Sehingga kini dua Mesyuarat Agung Tahunan yakni pada tahun 2006 dan pada tahun 2007 telah diadakan. Senarai barisan AJK 2007-2009 adalah seperti berikut:
Encik Omar bin Abdullah - Pengerusi (shg 10.9.08)
Encik Mohd Anuar bin Mohd Daud - Timbalan Pengerusi
Encik Sawaluddin bin Sanip - Setiausaha
Encik Sabri bin Jaafar - Bendahari
Encik Rostam bin Salleh - AJK
Encik Shahrir bin Hj Daud
Puan Nurul Asikin
Ustaz Rafiudin Afkari
Cik Zalina bt. Zahir
Cik Lily bt. Zahir
Encik Easurajan
Encik Chang Yoon Choon
Encik Mohd Nazrie bin Kamaludin
Encik Mohd Fadli bin Bachik
Tuan Hj Mohd Arif bin Md. Yasin
Encik Magenthiran
Encik Burhoroldin bin Salleh
Encik Ho Chin Hong
Peak 208 yang terletak di Taman Kajang Utama adalah sebuah kawasan kediaman yang baru yang mana ia telah siap dibangunkan pada tahun 2004. Peak 208 mempunyai dua model rumah iaitu rumah berbentuk Fraser dan Cameron. Rumah Fraser adalah ditepi lereng bukit manakala rumah Cameron adalah di tengah. Saiz rumah Fraser adalah lebih panjang berbanding dengan Cameron dan harga adalah disekitar RM174,000 - RM255,000 manakala rumah Cameron RM164,000 – RM255,000. Terdapat sebanyak 120 unit rumah Cameron dan 88 unit Fraser.

Terdapat sebuah taman permainan yang terletak di tengah Peak 208 yang dilengkapi dengan gazebo, buaian, gelongsor dan jongkang jongkit. Disamping itu, PKP 208 juga telah membina sebuah gelanggang permainan.

Di pintu masuk Peak 208 terdapat sebuah pondok sekuriti yang telah dibangunkan oleh pemaju manakala pihak PKP 208 telah membangunkan sebuah pintu gerbang. Terdapat 3 jalan utama di Peak 208 iaitu Jln Seksyen 3/13A, 3/13B dan 3/13C.

Untuk memasuki ke Peak 208 anda perlu mengambil arah jalan ke Lebuhraya SILK dan akan melalui Tol Sg Ramal dan seterusnya membuat pusingan U sebelum Tol Bukit Kajang. Tanda ke Taman Kajang Utama yang tertera di tepi Lubuhraya Silk akan kelihatan sebaik sahaja membuat pusingan U tersebut dan kemudian perlu membelok ke kiri jalan menghala ke Taman tersebut kira-kira dua km dari tol kedua berkenaan. Peak 208 adalah berhampiran dengan Masjid.